Pertama Di Malaysia: Akses Pra Konsultasi

Pertama Di Malaysia: Akses Pra Konsultasi

Sekiranya anda mengunjungi mana-mana klinik kami, anda boleh menerima pautan SMS yang akan membawa anda ke portal pra konsultasi. Dalam portal ini, set-set soalan terfokus, termasuk skala kemurungan, kebimbangan & stress (DAS 21), akan membantu para doktor untuk memahami keadaan kesihatan anda dengan lebih mendalam dan bermakna. Maklumat-maklumat ini akan dihantar terus kepada sistem maklumat perubatan doktor (IntelSys) secara selamat.


Kami amat menggalakkan anda untuk mendapatkan pautan SMS ini, ianya PERCUMA. Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi kami di admin@careclinics.com.my