1-Pastikan persekitaran rumah kita bersih dan tiada tempat air yang bertakung.Ini penting untuk elakkan tempat itu menjadi tempat pembiakkan nyamuk dan lalat.
2-Masak dulu air sebelum minum.Dengan kita masak ia dapat mengurangkan risiko akibat kuman yang tidak kelihatan di dalam air.
3-Simpan air di tempat yang tertutup dan bersih. Elakkan air dibiarkan terdedah kerana air boleh tercemar melalui lalat atau binatang yang kita tidak tahu.
4-Pastikan air itu jernih dan tidak berbau. Jika air itu kelihatan keruh dan berbau...kemungkinan air itu telah tercemar dengan bendasing.
5-Makan makanan yang baru dimasak dan masih panas.Elakkan makanan yang terdedah dan mentah.
6-Kupas kulit buah-buahan sebelum dimakan.
7-Bersihkan botol susu dan bekas makanan bayi.
8-Basuh tangan dengan bersih sebelum meyediakan atau menghidangkan makanan dan selepas ke tandas.
9-Gunakan tandas yang bersih dan selamat.
10-Bila makan diluar, pilih gerai dan pengendali makanan yang bersih.
11-Bersihkan kawasan sekeliling rumah dan hapuskan tempat pembiakan lalat,lipas dan tikus.
12-Segera berjumpa dengan doktor jika mengalami muntah, cirit-birit, sakit perut atau demam panas, kelewatan rawatan mungkin membawa MAUT.
#careclinics #careclinicshealthcarehq #careclinicshealthcare #careclinicsnurses #careclinicsdoctors #careclinicshealthcareservices #careclinicsgroup #careclinicscare4you #careclinicsinfo #banjirselangor #banjir2021 #banjir