Dapatkan saringan kesihatan percuma PERKESO di cawangan CareClinics. Anda hanya perlu membawa telefon anda untuk menerima baucar melalui SMS. Untuk kemudahan anda, segala langkah permohonan akan dibuat oleh pihak klinik dan ianya hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

Kelayakan:

Baucar ini layak diberikan kepada semua pencarum PERKESO yang aktif bekerja yang telah berumur 40 tahun dan ke atas.

Persediaan sebelum menjalani saringan kesihatan
Persediaan sebelum ujian darah:
a) Anda dikehendaki berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam sebelum menjalani pemeriksaan;
b) Jangan merokok, mengambil gula-gula getah atau bersenam;
c) Selepas contoh darah/air kencing diambil, anda boleh meneruskan pemakanan seperti biasa;
d) Kebiasaannya tempoh berpuasa dimulakan pada waktu malam sebelum menghadiri temujanji keesokan paginya.

Persediaan sebelum ujian air kencing:
a) Sebaik-baiknya sampel diambil ketika waktu awal pagi.

Persediaan sebelum ujian Pap Smear:
a) Waktu terbaik untuk ujian ini adalah ketika tidak datang bulan (haid).
b) Sekurang-kurangnya 2 hari sebelum ujian, elakkan hubungan kelamin serta mengambil perancang kehamilan melalui vagina

Persediaan sebelum ujian mammogram:
a) Sebaik-baiknya ujian dibuat seminggu selepas kitaran haid berhenti atau dapatkan nasihat doktor bagi masa yang sesuai untuk menjalani ujian.
b) Elakkan untuk mengambil sebarang pewangi ketiak dan payudara bagi mengelakkan kekeliruan bagi keputusan ujian.
c) Ubat penahan sakit boleh diambil sekiranya pesakit merasa tidak selesa selepas menjalani ujian.
Apakah jenis-jenis penyakit yang disaring di bawah program ini?
a) Saringan kesihatan dijalankan untuk mengesan penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease) seperti darah tinggi, diabetes, penyakit jantung dan kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi.
b) Hasil pemeriksaan akan dapat memberi maklumat berkaitan risiko penyakit jantung melalui framingham score.
c) Bagi wanita saringan tambahan disediakan bagi mengesan barah payudara dan barah pangkal rahim.

Pemeriksaan kesihatan meliputi :
a) Pemeriksaan fizikal
b) Konsultasi
c) Pemeriksaan darah
d) Analisa laporan
e) Khidmat nasihat yang berkaitan

Ujian pemeriksaan :
a) Full blood count
b) Fasting glucose
c) Fasting lipid profile
d) Urine feme / Microalbuminuria
e) Pap Smear (wanita)
f) Mamogram (wanita)
Saya ingin menukar nombor telefon yang telah digunakan untuk memohon nombor baucar sebelum ini. Apa yang saya perlu lakukan?
Sekiranya anda ingin menukar nombor telefon, sila hubungi Hotline HSP di talian 03-4264 5089 atau 03-4252 1258/4475/4476.
Sekiranya saya mendapati nombor baucar saya telah dimohon menggunakan nombor telefon yang tidak dikenali, apa yang perlu dilakukan?
Sila laporkan perkara ini dengan segera kepada Hotline HSP di talian 03-4264 5089 atau 03-4252 1258/4475/4476.
Bagaimana jika saya masih belum terima voucher?
Pekerja perlu menghubungi PERKESO melalui email hsp@perkeso.gov.my atau hubungi talian berikut:
03 4252 1258 / 03 4252 4476
03 4252 4475 / 03 4264 5089

Sila nyatakan:
a) Nama dan alamat penuh majikan
b) Nama penuh pekerja
c) No kad pengenalan
d) Nombor telefon yang boleh dihubungi